Sekadar gambar hiasan |
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy, kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dan mengamuk apabila bapanya itu tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.
“Remaja berusia 18 tahun itu mula mengamuk dan menyerang bapanya, selepas hubungannya dengan seorang perempuan dihalang keluarga.
"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.
"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan Astro Awani.
Mangsa, 45, dibawa ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga yang lain sejurus selepas kejadian.
0 komentar:
Posting Komentar